Wednesday, September 26, 2007

Kini

Kini, aku merupakan salah seorang Student UiTM. Aku mengambil Kursus Komunikasi dan Pengajian Media dalam Bidang Penerbitan. Sedar tak sedar, aku dah pun berada di akhir semester. Semester depan, aku akan menghadapi latihan amali di Kelantan (tanahairku). Seronok rasanya. Aku tak tahu kenapa.

Walaubagaimanapun, aku tidak akan lupa akan rakan-rakanku kat sini. Merekalah tempat aku mengadu. Banyak kenangan manis aku bersama diaorang. Paling aku tidak dapat lupakan adalah semasa 'family day' kat tasik PKNS. Kitaorang dah macam adik-beradik. Aku gembira sangat masa tu. Kitaorang diletak dalam satu group dan bermain satu
permainan mencari harta karun. Kat sini, kenangan aku bersama kawan-kawan aku terlalu banyak dan aku tak boleh lupa.

Tapi yang terkilannya, aku sedih kerana arwah ayahku tidak sempat melihatku masuk universiti. Aku sedih sangat. Apa yang aku ingat semasa aku mula-mula daftar kat sini, aku tengok semua pelajar datang bersama ibubapa diaorang, tapi aku hanya ditemani oleh kakak dan abang. Masa tu aku rasa macam tak nak belajar je kerana buat apa aku teruskan belajar sedangkan ayah aku tidak dapat melihat aku masuk universiti. Tapi, akhirnya aku sedar dan aku akan cuba sedaya yang boleh dan tidak akan lupakan segala jasa ayahku.

Di sini, aku rasa gembira kerana aku ada ramai kawan, segala masalah aku boleh lupa dan aku selalu telefon emak aku kat kampung bertanya khabar. KINI....semuanya telah berubah. Aku sudah semakin matang dan lebih berfikir jauh dan fikir dulu sebelum membuat sesuatu. Aku tidak mahu mak dan kakak serta abang aku risau pasal aku. Kalau boleh, aku tak nak mereka susah kerana aku. Aku akan menjadi seorang yang tabah dan akan kuat berusaha untuk berjaya dalam hidupku.

Tidak semua orang memahami apa perasaan aku. Tapi yang pentingnya, aku dah lakukan yang termampu dan aku tetap kena teruskan hidup aku. Tu jela, apa yang aku tulis buat masa ini. Mungkin lain kali, aku akan sambung kisah aku lagi. Kalau diikutkan hati, banyak lagi kisah aku yang belum dicoret, tapi cukupla dulu setakat ini. Wassalam.....

Friday, September 21, 2007

Kisah Aku Bila Remaja

Selepas tamat darjah enam, aku beralih ke sekolah menengah. Dah besar la konon. Seingat aku, banyak peristiwa pahit dimasa ini. Kalau boleh, aku tak nak ingat kembali kisah aku dimasa itu. tapi, terpaksalah aku terima, sebab dah ditakdirkan nasib aku macam tu kan.

Kisah aku bermula bila aku berkawan dengan seorang kawan aku ni. First aku kawan dengan dia, aku nampak dia ok je. Tapi nak tahu apa terjadi? Mesti korang terkejutkan?. Memang dia baik, tapi aku rasa tak selesa dengannya. Tak tahu la kenapa...hati-hati konon.

Apa la aku ni...orang dah buat baik, aku fikir benda pelik lak... tu la aku. Aku sebenarnya tak tahu sama ada aku perlu terus berkawan dengannya atau tak. Tambahan pula, pada masa tu keluarga aku amat ambil berat tentang kawan-kawan yang rapat dengan ku. Maklumlah, untuk kebaikan ku jugakan. Aku tak kisah sebab mereka terlalu menjaga dan mengambil berat akanku. Aku pun tidak rasa dir aku terkongkong kerana sejak dari kecil aku dah dilatih untuk berdikari. Aku masih ingat pesan kakakku yang menyuruhku berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Aku masih ingat, masa aku berumur 12 tahun aku telah pergi ke pusat bandar seorang diri untuk mencari alat tulis untuk peperiksaan. Memang masa tu aku takut sangat tapi aku hanya tawakal dan pergi dengan niat yang baik. Bagaimana dengan korang? Mesti korang semua rasa pelikkan. Tapi sekarang baru aku sedar bahawa perbuatan kakak aku itu adalah untuk mengajar aku supaya berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Kisah Aku Yang Selanjutnya


Kan sebelum ni aku pernah ceritakan kisah aku kena langgar. Kisah aku masa kecil tidak berakhir macam tu je. Selepas hal itu, aku mula memahami diri. Orang cakap sedar la kan. Aku tidak lagi nakal dan aku ubah perangai aku. Jadi baik la konon. Tapi memang serius, aku betul-betul berubah.

Kisah aku seterusnya, berlaku masa aku di sekolah rendah. Aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Padang Mokan, Kelantan. korang mesti tak kenal kan? Tapi yang penting tu la tempat aku mula-mula menimba ilmu. Disitu aku kenal kawan-kawan aku dan disana juga lah aku dapat ramai kawan.

Seingat aku, masa 'first time' aku daftar masuk di sekolah itu, aku tidak buat perangai. Baik je. ye la, aku kan nak jadi anak yang baik. Tapi ada seorang budak tu, dia nangis bila emak ia hantar dia masuk kelas. Aku tengok je budak tu. Aku terfikir juga kenapa dia nangis. Emak dia pujuk dia, tapi dia tetap nangis. Akhirnya emaknya terpaksa masuk sekali ke dalam kelas temaninya. Ni untuk hari first je. Hari yang berikutnya, kejadian yang sama aku tengok. Budak tu tetap menangis sampailah satu bulan kot, aku tak pasti, budak tu dah tak nangis lagi.Mungkin bila dah ada ramai kawan dia tak nangis lagi.

Tapikan, ada satu kisah lucu masa aku berumur 11 tahun.Pada masa ni aku dilantik menjadi ketua kelas. Satu hari, seorang guru tu pergi ke kelas aku kerana katanya kelas aku ni terlalu bising dan mengganggu kelas lain. Akhirnya, cikgu tu telah menyuruh kami membongkok dibawah meja sampai dia bagi kebenaran untuk bangun balik. Kitaorang punyalah lenguh dan sampai la satu masa untuk balik, kitaorang tetap tidak boleh bangun. Untungla, pada masa tu, ada cikgu yang baik hati dan hensem bertanya aku kenapa kitaorang semua duduk bawah meja. Aku pun cerita lah dari A sampai Z. Cikgu tu cakap balik je la. Lagipun cikgu yang denda kami tu dah balik. Penat je kitaorang tunggu cikgu tu. Masa tu kitaorang terlalu lurus. Ikut semua kata cikgu.

Apabila aku sampai kat rumah, aku bagitahu peristiwa tu kat mak aku. Mak aku tergelak kerana dia cakap peristiwa tu memang lucu. Aku ingatkan emak akan marah aku, tapi sebaliknya dia tergelak mendengar kata-kata aku itu. Bila mak aku bagitahu ayah pun, perkara yang sama tetap berlaku. Tapi tu la kisah lucu aku. Dengar memang lucu kan? Tapi cerita tu memang betul, bukan rekaan semata-mata.....lenguh tau kena duduk bawah meja.Korang tryla duduk lama-lama bawah tu...korang akan tahu macam mana kitaorang rasa.

Pengalaman aku masa kecil

Masa kecil, aku seorang yang sangat nakal. Aku selalu kena pukul disebabkan kenakalan aku. Pada masa kecil juga, disebabkan kenakalan aku, banyak pekara yang berlaku. Masa aku berumur lima tahun, aku melanggar sebuah kereta. Pelikkan? Sepatutunya kereta yang langgar aku, tapi yang berlaku sebaliknya. Hal ini disebabkan aku tak melihat ke kiri kanan sebelum melintas. Tapi yang sedihnya abang aku yang kena marah kat mak dan kakak aku. Bila aku fikirkan kembali, aku jadi sedih. Disebabkan aku, abang aku dimarahi mak dan kakak.

Alhamdullilah, nasib aku baik. Aku tidak banyak cedera kerana kereta tu sempat berhenti. Aku cuma luka sedikit je. Tak la teruk sangat. Kemudian mak aku bawa aku pergi ke klinik berdekatan untuk merawat luka aku yang tidak seberapa itu. Aku hargai sangat jasa ibu aku sampai sekarang. Ye la ibu mana yang tak sayang kan anaknya kan? Bila aku ingat kembali kisah aku masa kecil, sedihpun ada, nak tergelak pun ada. Tapi yang pasti, aku akan ingat kisah tu sampai bila-bila.

Korang mesti ada pengalaman yang tak boleh korang lupakan kan? Aku masih ingat kerana peristiwa itu memang tidak dapat aku lupakan kerana ye la budak-budak apa yang diaorang tahu kan? Tu la.....kisah aku. Tapi ada lagi tau.....

Aku Masa Kecil

Aku lahir di kawasan kampung. Seperti yang orang cakap 'Kampung Girl' la katakan. Cerita aku tidak hanya bermula dari sini, banyak lagi. Nak tahu lebih banyak lagi kisah hidup aku? Tunggu...

Aku lahir pada 28 November 1984. Aku berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Aku merupakan anak yang ke tujuh daripada sembilan orang adik -beradik. Kat rumah keluarga aku memanggil aku dengan nama Nini. Nini adalah nama manja aku sejak aku kecik lagi. Tapi sekarang pun kat rumah, keluarga aku memanggil aku dengan nama Nini. Aku dah sinonim dengan nama tu.

Masa kecil, aku merupakan seorang yang nakal . Cakap je apa yang aku tak buat, semua aku tahu. Aku keluar waktu pagi bersama kawan-kawan. Bila aku balik, emak marah aku sebab dalam satu hari, aku tak pernah ada kat rumah. Tapi tu dulu masa aku berumur 5-6 tahun, sekarang aku dah berubah dah.... korang akan tahu kejadian yang selanjutnya.....Yang tu, korang kenalah tunggu.

Pada masa kecil, kisah hidup aku banyak yang sedih dari yang gembira. Mungkin disebabkan aku ni nakal, emak selalu memarahi aku. Yela, silap aku juga kan. Tapi pada zaman aku kecik-kecik dulu abang aku selalu bawa aku berjalan, ronda satu kampung dengan motor. Tiap-tiap petang, dia akan bawa aku bersama kakak aku ronda satu kampung.